Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Dear BunnyBear



Pertemuan dua dan seterusnya
Monday, 27 February 2012 | 01:45 | 0 comments

          Tak ku sangka pada keesokan harinya dia dating bersama sepupuku dan pakcik aku. Betapa malunya bila aku belum sempurna seperti semalam dengan tidak mandinya, berseluar pendek paras buntut dan berbaju singlet sahaja duduk sambil makan dengan kaki ala2 bos di depan mereka.. Aku cuma mampu menahan malu apabila pandangan tajamnya menusuk ke kalbu ku..
           Oh tuhan.. Betapa tajam dan kuat renungan itu sehingga jantungku terasa berdebar. Sebelum dia berangkat pergi, aku dapat melihat renungan tajamnya disebalik kaca mata hitam itu. Dasyat sehingga meluruhkan jantungku. Sampaikan aku terasa tidak sanggup untuk membiarkan dia pergi berlalu.. Betapa indahnya ciptaan Tuhan..
           Yg paling tidak dapatku lupakan adalah disaat dia datang ke rumahku dengan mengenakan seluar slack dan baju kemeja kerja warna putihnya.. Terserlah ketampanannya.. Sungguh memikat hatiku.

Older Post | Newer Post